Kematian

Biarkan aku terbaring dalam lelapku,
kerana jiwa ini telah dirasuki cinta,
dan biarkan daku istirahat,
kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam
dan siang.
Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan
mewangi di sekeliling ranjang ini,
dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta
mawar.
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan
olesi kaki-kaki ini dengan wangian,
dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis
jelas di dahi ini.
Biarku istirahat di ranjang ini,
kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya;
Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan
menyejukkan jiwaku;
Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan
tabir lara hatiku.
Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau
memandang fajar harapan dalam mataku,
kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai
ranjang kapas tempat hatiku berbaring.
Hapuslah air matamu, saudaraku,
dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga
menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota
fajar pagi.
Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom
cahaya antara ranjangku dengan jarak infiniti;
Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak
sayap-sayapnya.
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal
buatku.
Ciumlah mataku dengan seulas senyummu.
Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan
mungilnya buatku dengan kelembutan jemari
merah jambu mereka;
Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di
dahiku dan memberkatiku;
Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan
melihat bayangan Tuhan dalam mataku,
dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian
dengan nafasku.




sketsa hati

Komentar

Postingan Populer